Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pengunjung blog Jualanshiros

Bermula dengan hobi, kami melangkah ke dunia perniagaan secara online memasarkan tanaman hiasan dan juga herba.

Produk kami boleh didapati dengan harga yang berpatutan untuk menyemarakkan lagi dunia tanaman hiasan serta menyokong penuh kempen Bumi Hijau.

Untuk pertanyaan, sila email kepada : jualanshiros@yahoo.com

"Keindahan laman anda kepuasan kami"

Thursday, May 19, 2011

Hoya Darwinii

Pertama kali saya melihatnya berbunga dan kembang, seronok sangat rasanya. Manakan tidak apabila kita melihat bunga secantik ini.







Untuk melengkap koleksi hoya anda, jangan lupa untuk mendapatkannya.


Harga RM35.00

Cymbidium bicolor











Assalamualaikum.....


Kali ni nak let go Cymbidium bicolor pula yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.

Keistimewaannya tentulah pada warna merah yang cantik itu. Selalunya saya tak perasan pokok ini mengeluarkan spike tetapi apabila telah berkembangan seperti di atas, sesiapa saje mesti akan menoleh kepadanya.


Harga cuma RM25

Wednesday, May 11, 2011

Jom Miliki Buku Teknik Menanam Dan Menjaga Orkid

Syabas dan tahniah diucapkan kepada sahabat orkid, Sdr Khairi Nordin kerana telah berjaya menulis sebuah buku berkisarkan penanaman dan penjagaan orkid. Perkongsian ilmu ini tidak harus disia²kan kerana manfaat yang pembaca perolehi lebih daripada harga yang perlu dibayar untuk membeli buku ini.


Yelah,kan.....buku ini cuma berharga RM21.00 kadangkala kita membeli pokok lebih dari RM21 tetapi kerana kurangnya ilmu serta panduan menjaga pokok, orkid yang disayangi memilih untuk ke syurga. Diri sendiri yang melopong jadinya...he..he..he...(pengalaman sendiri hik..hik..hik...)


Insya-Allah, segala permasalahan akan terjawab di dalam buku ini, jadi apa lagi, dapatkannya dengan segera dengan menghubungi penulis di http://tangansejuk.blogspot.com/





Oh ye, kalau anda sedang menyelak helaian di dalam buku tersebut dan menjumpai gambar di bawah...he..he...saya pun nak interfrem jugak yee....No 1 dr kanan.



Beli jangan tak beli.....
Gambar² ihsan dr
http://tangansejuk.blogspot.com/ & http://alamorkidla.blogspot.com/