Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pengunjung blog Jualanshiros

Bermula dengan hobi, kami melangkah ke dunia perniagaan secara online memasarkan tanaman hiasan dan juga herba.

Produk kami boleh didapati dengan harga yang berpatutan untuk menyemarakkan lagi dunia tanaman hiasan serta menyokong penuh kempen Bumi Hijau.

Untuk pertanyaan, sila email kepada : jualanshiros@yahoo.com

"Keindahan laman anda kepuasan kami"

Monday, December 20, 2010

Hoya Elliptica


Hoya Elliptica ini berasal dari Malaysia, berwarna putih serta merah di bahagian tengahnya. Kebiasaannya daun berwarna hijau tetapi bertukar berwarna merah apabila terdedah dengan cahaya matahari secara terus. Kadar tumbesaran yg cepat apatah lagi jika mengunakan baja humus. Berharga cuma RM8.00 setiap pot, dapatkannya segera.


Wednesday, October 6, 2010

Kalau JJ selalu ada sales, sini pun ada...

Berita baik untuk penggemar bunga,
Untuk setiap belian yang mencecah atau melebihi RM70, akan menerima cutting cattleya hibrid (3 bulbs) sebagai tanda penghargaan kami atas kesudian anda menambah kehijauan di muka bumi ini.
Tawaran sehingga 30 November 2010. Jangan lepaskan peluang.

Wednesday, September 22, 2010

Phal cornu cervi



Harga : RM30.00 tidak termasuk pos.

Thursday, August 12, 2010

Hoya lacunosa




Harga RM8.00 untuk setiap pasu.

Monday, July 5, 2010

Hoya finlaysonii







Finlaysonii sebaya dengan Hoya Latifolia. Telah disemai kira² sebulan lepas. Kini banyak tunas baru telah naik......hoya ini keluar dr hutan...hutan mana? hutan Malaysialah...he..he....jadi masih ada kesan² kehutanannya itu.


Alhamdulillah, dia membesar dengan cepat dan sihat selepas ditabur dengan baja humus jepun, kini sedia untuk dijual.


Harga cuma RM12.00 utk setiap pasu.


Sekadar perbandingan, pertama kali saya jumpa hoya finlaysonii ini di nursery, single node berharga RM10 dan berapa byk daun juga penentu setiap pertambahan puluhan ringgit...cthnya ye, ada 4 lai daun harga dlm RM2+.00.


Kalau berminat, macam biasa, tinggalkan mesej di chatbox ataupun kotal mesej di bawah.....


Hoya latifolia

Hoya Latifolia (saya senang panggil hoya cik latifah...he..he....) berwarna putih serta mempunyai daun yang lebar seperti daun sirih.






Bunganya,




Tapi tengok daun dan pokok yang sihat pun dah cukup memuaskan hati.
Harga tak mahal cuma RM15.00.


Sekadar interfrem stor penyimpanan pokok di belakang rumah yang sebenarnya tempat menjemur kain..ha..ha....

Ada juga Hoya Coricae, Hoya Ruthie, Hoya Obovata, Hoya Diversifolia...dan banyak lagi.



Berminat? Jangan segan tinggalkan mesej anda di chatbox atau kotak mesej di bawah ini.

Hoya Mitrata

Hoya mitrata ini saya dapat belum berbunga lagi, jadi kalau nak tau bunganya mcm mana, silalah tanya pakcik google, kalau sy nak tepek gambo internet kang kena saman pulak sbb sy guna utk berjual beli.....he..he...he...

Ada 4 pasu yg available, 2 berharga RM25 dan 2 lagi berharga RM15. Harga berbeza kerana saiz pokok berbeza.


RM15.00 pertama (sold)

RM15.00 kedua (sold)



RM25.00 pertama



RM25.00 kedua....(sold)
Yang mana satu pilihan anda, he..he...he....


Saturday, May 29, 2010

Dendrobium Burana Stripe




Cuma RM10.00 saje....

Lc. Mdm Robert Strait 'Lakeland'




Cattleya dengan warna menawan ini cuma RM22.00

Info tambahan, bunganya harum yee....

Cattleya Intermediate x Netrasiri Doll


Cutting 5 bulbs dijual dengan harga RM15.00
Currently out of stock.

Sunday, May 23, 2010

Hoya Multiflora - Shooting Star

Hoya Multiflora - Shooting Star

Agak berbeza dari hoya yang biasanya memanjat tetapi Multiflora jenis berkayu keras. Bunga yang sedang mekar kelihatan seperti bintang dan apabila gugur seperti bintang-bintang yang berguguran, cukup cantik dan menarik.

Selalu berbunga tanpa mengira musim, ia sesuai di tempat teduhan dan juga kawasan yang menerima cahayamatahari penuh.

Tidak memerlukan kawasan yang luas, ia sesuai dijadikan penyeri laman anda.








Keratan batang yang sudah berakar dijual antara RM5.00 hingga RM7.00 berganutng kepada saiz manakala pokok dijual pada harga RM15.00.

Hoya Cumingiana

Hoya Cumingiana - Hoya yang berasal dari Filipina ini mempunyai daun yang kecil yang berkedudukan rapat di antara satu sama lain. Dengan haruman mirip buah-buahan tropika, ia mudah di jaga juga mudah disemai melalui keratan batang.



Harga jualan cutting RM5.00 manakala pasu RM15.00.

Hoya Diversifolia

Hoya Diversifolia - Mempunyai bunga yang cantik berwarna merah jambu serta sedikit kuning. Baunya harum dan menyegarkan mudah didapati di Semenanjung Malaysia. Berasal dari Indonesia, Filipina, Malaysia dan Thailand mempunyai pertumbuhan yang cepat dan mudah dijaga.




Boleh didapati dengan harga RM12.00.

Hoya obovata

Hoya obovata - Berasal dari Thailand berwarna merah jambu cerah dan merah di bahagian tengahnya. Mudah dijaga serta pertumbuhan yang agak cepat menjadikannya pilihan ramai.



Berharga RM10.00 hingga RM15.00 mengikut kepada saiz pokok.

Hoya coriacea

Hoya coriacea - Berasal dari Indonesia, Malaysia, dan Thailand mempunyai haruman campuran bau sitrus dan juga rempah. Hoya yang berdaun nipis ini tidak memerlukan air yang banyak dan hanya perlu disiram apabila medium kering.



Menanti kembang






Bunga yang kembang.....



Daunnya agak lebar dan agak berbeza dari daun hoya jenis yang lain.

Dijual dengan harga RM18.00, kecantikan bunganya pasti menambah seri laman anda.

Hoya Meliflua

Hoya Meliflua - Merupakan spesies rare mempunyai bunga yang tahan lama serta daun yang tebal dan hijau berkilat. Mempunyai haruman berbau seperti coklat sering menjadi kegemaran pemilik ketika ia sedang mekar.

Kadar pertumbuhan yang cepat, pemilik tidak perlu menunggu lama untuk Meliflua berbunga lagi.


Cutting single node RM5.00.

Hoya Ruthie

Hoya ruthie - Warna merah pekat dan berkilat pasti menarik perhatian ramai.





Berharga antara RM15.00 hingga RM20.00 mengikut saiz pokok.

Hoya Imperialis

Hoya Imperialis - Kelopak bunganya yang tebal dan berkilat kelihatan seakan-akan bunga plastik. Boleh ditanam di dalam pasu yang tergantung tetapi memerlukan kawasan yang agak luas apabila pokoknya semakin membesar kerana ia tergolong di dalam kumpulan hoya yang berbunga besar.



Berharga di antara RM20.00 hingga RM35.00 mengikut saiz pokok.

Hoya Archboldiana

Hoya Archboldiana - Dikatakan berasal dari New Guinea merupakan spesies yang jarang jarang sekali ditemui. Berdaun tebal hijau berkilat berbentuk tirus, memerlukan kawasan yang agak luas untuk hidup subur dan berbunga.



Berbaloi untuk dimiliki selain ia cepat membesar, bunganya yang unik dan menarik pasti memberikan kelainan di laman anda.


Berharga RM25.00, sekiranya berminat sila hantarkan emel kepada jualanshiros@yahoo.com.


Pilihan anda adalah tepat.

(temporary out of stock, only seedlings available RM10)

Friday, May 21, 2010

Bunga tonkeng

Bunga tonkeng - Pertama kali saya mendengarnya, tertawa kecil. Macam-macam nama pokok bunga ni. Tapi bila telah memilikinya, rupanya ia sangat istimewa. Haruman yang sangat mengasyikkan apatah lagi jika dibawa oleh angin sepoi sepoi bahasa terutamanya pada waktu malam. Nyaman sekali.


Nama saintifik untuk Bunga Tonkeng ialah Telosma Cardota.

Salah satu tumbuhan jenis memanjat ini sangat sesuai digantung juga dililitkan pada pergola juga trellis kerana mempunyai batang yang kuat untuk memanjat. Mempunyai daun berbentuk hati, menghasilkan tangkai daun yang panjang serta bunga yang tersusun cantik.

Bunganya ada berwarna kuning keemasan dan ada juga warna oren ini sebenarnya boleh dijadikan rencah di dalam sup mahu pun digoreng. Mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin A.

Pembiakan boleh dilakukan melalui keratan batang.








Berharga RM15.00, jika berminat sila tinggalkan alamat emel anda atau emel kepada kami di jualanshiros@yahoo.com