Bunga tonkeng - Pertama kali saya mendengarnya, tertawa kecil. Macam-macam nama pokok bunga ni. Tapi bila telah memilikinya, rupanya ia sangat istimewa. Haruman yang sangat mengasyikkan apatah lagi jika dibawa oleh angin sepoi sepoi bahasa terutamanya pada waktu malam. Nyaman sekali.
Nama saintifik untuk Bunga Tonkeng ialah
Telosma Cardota. Salah satu tumbuhan jenis memanjat ini sangat sesuai digantung juga dililitkan pada pergola juga trellis kerana mempunyai batang yang kuat untuk memanjat. Mempunyai daun berbentuk hati, menghasilkan tangkai daun yang panjang serta bunga yang tersusun cantik.
Bunganya ada berwarna kuning keemasan dan ada juga warna oren ini sebenarnya boleh dijadikan rencah di dalam sup mahu pun digoreng. Mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin A.
Pembiakan boleh dilakukan melalui keratan batang.


Berharga RM15.00, jika berminat sila tinggalkan alamat emel anda atau emel kepada kami di
jualanshiros@yahoo.com